Friday 27 December 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah



Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Cuti persekolahan telah sampai ke penghujung..mesti banyak peristiwa - peristiwa yang berlaku sepanjang cuti persekolahan ni kan?  peristiwa - peristiwa tersebut boleh dijadikan kenangan / panduan & iktibar bagi adik -adik yang akan melangkah naik ke tahun persekolahan yang baru tidak lama lagi.Yang telah mendaftar dengan tutor online di Terminal Sejahtera Bukit Piatu diucapkan TAHNIAH! kerana menggunakan peluang yang disediakan untuk kemajuan pelajaran adik-adik..

Bagi yang berminat untuk mendaftar TutorOnline di Terminal Sejahtera Bukit Piatu , di alu alukan hadir ke 

Terminal Sejahtera Bukit Piatu
No 57 Jalan BPM 1
Bukit Piatu Mutiara
75150 Bukit Piatu 
Melaka
(Landmark: Perabot Jati Mutiara/ Jakel/ Astana Moda/ bersebelahan SAPURA)

Kami menawarkan ID Tutoronline PERCUMA BAGI PELAJAR yang layak.  siapa yang layak? klik disini


Barang-barang persekolahan jangan lupa yer untuk sediakan..terutamanya buku persekolahan dan alat tulis.
Bagi yang berkemampuan dapat la semuanya baru..bagi yang kurang berkemampuan jangan bersedih pula,
barang yang masih boleh dipakai seperti alat tulis, beg sekolah dan sebagainya..gunakan sahaja..
yang penting tujuan adik-adik ke sekolah untuk membina masa depan yang cerah.. jangan sia-siakan hasrat dan pengorbanan ibu bapa kita yang bersusah payah menghantar kita ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan.



Akhir sekali, Admin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!
TANAMKAN AZAM BARU BAGI TAHUN BAGI PERSEKOLAHAN INI


Tekadkan AZAM , kuat kan SEMANGAT..
jangan malas-malas ye!

ALL THE BEST!


Tuesday 12 November 2013

Selamat Bercuti kepada semua!




Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Adik-adik yang bakal mengambil keputusan peperiksaan UPSR mesti sedang berdebat-debar KHAMIS ni kan? apa pun keputusan yang kamu perolehi itu adalah USAHA kamu selama ini.. masih boleh perbaiki dan teruskan usaha untuk kejayaan akan datang..

Bagi yang telah selesai peperiksaan PMR..semoga berjaya & jangan jadikan tingkatan 4 sebagai 'honeymoon year' yer..menyesal tak sudah nanti bila nk SPM baru terhegeh-hegeh nak kejar...

yang sedang mengambil peperiksaan SPM, selamat menduduki peperiksaan, buat yang terbaik dan jgn lupa jaga kesihatan dan keselamatan sepanjang peperiksaan..


Bagi adik-adik yang tak tahu nak buat ape sempena cuti sekolah ni...JOM DATANG BERAMAI - RAMAI ke  TERMINAL SEJAHTERA BUKIT PIATU.. kat mana tu ye? ..berdekatan Astana Moda / Jakel..
Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya ialah:


  1. Belajar menggunakan EMEL
  2. Belajar membina BLOG
  3. Apa itu social networking? 
  4. Mengenal aplikasi social networking.
  5. Kebaikan social networking.
  6. Photo Editing

JOm JOm...jangan lepaskan peluang...

jika berminat datang aje ke Terminal Sejahtera Bukit Piatu untuk mendaftar...

waktu operasi: 
Isnin - Ahad : 9.30 pagi - 6.00 petang
Sabtu & Ahad: Tutup pada pukul 2 petang



             

Monday 23 September 2013

KEMUDAHAN DI TERMINAL SEJAHTERA BUKIT PIATU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mencari - cari tempat yang sesuai untuk aktiviti perbincangan?
 TERMINAL SEJAHTERA BUKIT PIATU 
menyediakan kemudahan berikut untuk pelajar - pelajar dan masyarakat berdekatan untuk menggunakan kemudahan yang disediakan..





Monday 2 September 2013

Aktiviti : Tutorial Menyediakan Peta Minda

Assalamualaikum,




Terminal Sejahtera Bukit Piatu mengadakan kelas tutorial kaedah membina peta minda bagi pelajar-pelajar yang berminat. Terbuka kepada kumpulan pelajar 3-10 orang bagi setiap sesi. Kelas diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 4.30 - 5.30 petang.







Pelajar - pelajar yang hadir digalakkan menyertai pertandingan membina peta minda yang dianjurkan oleh Terminal Sejahtera Bukit Piatu.


Nota Ringkas:

Konsep Peta Minda (Mind Mapping) diketengah kepada umum  oleh Tony Buzan seorang personaliti Televisyen dan Pakar Psikologi British.




Tony Buzan mencadangkan garis panduan berikut untuk mewujudkan peta minda:


  1. Membina peta minda bermula di tengah-tengah dengan imej dari topik, menggunakan sekurang-kurangnya 3 warna.
  2. Menggunakan imej, simbol, kod, dan dimensi di seluruh peta minda anda.
  3. Pilih kata kunci (keyword) dan mencetak menggunakan atas atau huruf kecil.
  4. Setiap perkataan / imej yang terbaik sahaja dan duduk di baris sendiri.
  5. Garis harus disambung, bermula daripada imej pusat. Garis pusat lebih tebal, organik dan lebih nipis kerana mereka memancar keluar dari pusat.
  6. Buat garisan panjang yang sama seperti perkataan / imej mereka menyokong.
  7. Gunakan pelbagai warna di seluruh peta minda, untuk rangsangan visual dan juga untuk mengekod atau kumpulan.
  8. Membangunkan gaya peribadi anda sendiri pemetaan minda.
  9. Gunakan penekanan dan menunjukkan persatuan dalam peta minda anda.
  10. Pastikan peta minda adalah jelas dengan menggunakan hierarki jejarian, perintah berangka atau menggariskan memeluk cabang maklumat anda.


SEKIAN, SEMOGA BERJAYA!

Wednesday 21 August 2013

Aktiviti - aktiviti sepanjang Ogos - November

Assalammualaikum / Salam Sejahtera


Terminal Sejahtera masih membuka permohonan bagi pelajar - pelajar yang berminat menyertai pertandingan

1) Membina Peta Minda
2) Reka Cipta Pelita Raya

PENYERTAAN BOLEH DIDAPATI DI TERMINAL SEJAHTERA MBMB BUKIT PIATU MUTIARA MELAKA.


AKTIVITI - AKTIVI YANG AKAN DIJALANKAN SEPANJANG BULAN OGOS - NOVEMBER 2013

1. KELAS MEMBINA PETA MINDA (terbuka kepada semua pelajar)
    -Sila berikan nama kepada fasilitator TSBP

2. SESI PERBINCANGAN SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN BAGI PELAJAR UPSR, PMR DAN SPM  bersama PENYELIA DAN FASILITATOR TSBP
 - pelajar-pelajar diminta untuk membawa sendiri buku rujukan dan kertas soalan.


Semoga aktiviti - aktiviti ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan tidak lama lagi.




Friday 2 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H


Terminal Sejahtera akan ditutup sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bermula pada 
7 - 11 Ogos 2013

Kelas tutoronline akan bermula seperti biasa bermula

12  Ogos 2013 

Sekian, Terima Kasih

Sunday 14 July 2013

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadan 2013

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Terminal Sejahtera MBMB Bukit Piatu menjemput pelajar-pelajar yang berminat menyertai ..

AKTIVITI:

  •  Tayangan Video Pendidikan
  • Pertandingan Peta Minda(Subjek Sains)
  • Pertandingan Reka Cipta Pelita Raya  Daripada Bahan Terpakai.




Hadiah Pertama: Hamper bernilai RM50
Hadiah Kedua: Hamper bernilai RM30
Hadiah Ketiga: Hamper bernilai RM20

Setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan dan hadiah saguhati




PENGUMUMAN:

TARIKH TUTUP PERTANDINGAN DILANJUTKAN SEHINGGA

30 OGOS 2013


PENYERTAAN MASIH DIBUKA 





Monday 8 July 2013

Ramadan Kareem 1434H


Waktu Operasi sepanjang bulan Ramadan:

Kelas Pembelajaran Tutor Online:
Isnin-Selasa, Khamis - Jumaat :  1.30ptg - 4.30ptg
Sabtu : 9.00 pagi - 4.30 petang
Ahad: 9.00 pagi - 1.30 petang
Rabu: TUTUP

Waktu Pejabat:

Isnin - Jumaat: 8.00pagi - 5petang.
Sabtu - Ahad : Tutup

Wednesday 19 June 2013

Kenali Sultan Salahudin Al - Ayubi

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini. 

Stanley Lane Poole seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia. 

Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216) 


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/03/biodata-dan-sejarah-ringkas-salahuddin.html#ixzz2WeExQqFC









Tuesday 11 June 2013

Bagaimana Untuk Mendaftar?




Berminat untuk mendapatkan ID PERCUMA tutoronline?


1)Pastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan
     klik disini untuk syarat penyertaan

2)Pastikan anda bersekolah di sekolah yang layak memohon ID PERCUMA
   klik disini untuk senarai sekolah yang layak

3)Dapatkan borang penyertaan di
   
   Terminal Sejahtera Bukit Piatu MBMB
   No.57 Jalan BPM 1 Taman Bukit Piatu Mutiara
   75150 Melaka  ATAU  
   
   emel kepada kami di alamat:
   
terminalsejahterabukitpiatu@gmail.com  / aida@cnc.net.my / nadirah@cnc.net.my / nashafi@cnc.net.my


4)Isikan dengan lengkap borang permohonan tersebut termasuk kebenaran ibubapa dan cop sekolah.

5)Hantarkan borang tersebut ke Terminal Sejahtera Bukit Piatu MBMB ,No. 57 Jalan BPM 1 Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka.
Waktu Pejabat: 8.30pagi - 5.30petang (Isnin - Jumaat)

6)Anda boleh mendapatkan ID tersebut sebaik sahaja borang permohonan yang layak diterima.


TERIMA KASIH


     

SENARAI SEKOLAH YANG LAYAK MEMOHON

Sekolah - sekolah yang layak memohon ID PERCUMA adalah seperti berikut:

SEKOLAH MENENGAH


SMK TUN TIJAH
SMK SERI TANJUNG
SMK AYER MOLEK
SMK KLEBANG BESAR
SMK TUN HAJI ABD MALEK
SMK BUKIT KATIL
SMK MALIM
SMK PADANG TEMU
SMK TELOK MAS
SMK BUKIT RAMBAI
SMK TINGGI MELAKA
SMK GAJAH BERANG
SMK TINGGI PEREMPUAN
SMK TINGGI ST DAVID (M)
SMK ST FRANCIS (M)
SMK INFANT JESUS CONVENT (M)
SMK CANOSSA CONVENT (M)
SMK KATHOLIK(M)
SMK NOTRE DAME CONVENT
SMK YOK BIN (CF)
SMK TUN TUAH
SMK DURIAN DAUN
SMK TINGGI CINA MELAKA
SMK SERI KOTA
SMKT BUKIT PIATU
SMKA SHARIFAH RODZIAH



SEKOLAH RENDAH
SK BUKIT CHINA
SK UJONG PASIR
SK PADANG TEMU
SK SEMABOK
SK BENDAHARA SERI MAHARAJA
SK BUKIT LINTANG
SK PAYA DALAM 
SK TAMBAK PAYA
SK AYER MOLEK
SK DUYONG
SK BUKIT BARU
SK PERINGGIT
SK KUBU
SK BACHANG
SK LIMBONGAN
SK KELEBANG BESAR
SK BUKIT RAMBAI
SK LEREH
SK KAMPONG GELAM
SK TANGGA BATU
SK SUNGAI UDANG
SK PANTAI KUNDOR
SK CHENG
SK KERUBONG
SK PAYA RUMPUT
SK BERTAM HULU
SK ALAI
SK TELOK MAS
SK SERI DUYONG
SK TAMAN BUKIT RAMBAI
SK TANJUNG MINYAK
SK BANDAR HILIR
SK SERI BANDAR
SK TENGKERA 1
SK TENGKERA 2
SK (P) DURIAN DAUN
SK JLN DATUK PALEMBANG
SK METHODIST ACS (M)
SK (P) METHODIST 1 (M)
SK (P) METHODIST 2 (M)
SK ST FRANCIS
SK CONVENT OF THE INFANT JESUS 1 (M)
SK CONVENT OF THE INFANT JESUS 2
SK SACRED HEART
SJK(C0 PAY FONG 1
SJK(C0 PAY FONG 2
SJK(C0 PAY FONG 3
SJK (C) PAY TECK
SJK (C) PING MING
SJK (C) YOK BIN
SJK (C) CHUNG KUO
SJK (C) BACHANG
SJK (C) KATHOLIK
SJK (C) SIANG LIN
SJK (C) NOTRE DAME
SJK (C) EK TE
SJK (C) YU YING
SJK (C) KEH SENG
SJK (C) POH LAN
SJK (C) LIH JEN
SJK (C) KUANG YAH
SJK (C) PAY HWA
SJK (C) ST MARY
SJK (C) CHENG
SJK (C) TIANG DUA
SJK (C) BERTAM ULU
SJK (C) SUNGAI UDANG
SJK (C) MALIM
SJK (C) YU HWA
SJK(T) MELAKA (KUBU)
SJK(T) BUKIT LINTANG
SJK(T) PAYA RUMPUT







Thursday 30 May 2013

Pakej Tutor Online






PAKEJ PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN ATAS TALIAN (ONLINE) TUTOR.COM IALAH: 


  1.  Pakej pembelajaran atas talian (online) Tutor.com bagi subjek UPSR, PMR dan SPM.
  2.  Pakej Pra-Ujian dan Ujian merangkumi lebih 90,000 soalan peperiksaan terdahulu untuk semua subjek mengikut format peperiksaan sebenar.
  3. Kad laporan elektronik mengikut pelajar, subjek dan kumpulan.
  4. Nota atas talian (online) dan bahan-bahan rujukan tambahan pembelajaran dari peringkat Tahun 4 hingga 6 dan Tingkatan 1 ke Tingkatan 5.
  5. Penilaian secara “real-time” untuk kesemua mata pelajaran mengikut Tahun dan Tingkatan.
  6. Diagnosis kekuatan dan kelemahan pelajar dalam sesuatu topik dan subjek.











Apa itu Terminal Sejahtera?




Terminal Sejahtera Bukit Piatu ialah pusat pembelajaran PERCUMA yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dan dikawal selia oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)  untuk anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

Terminal ini dibangunkan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran kendiri di luar waktu sekolah bertujuan mengurangkan jurang pencapaian akademik dan meningkatkan prestasi pelajar dari kalangan isi rumah berpendapatan rendah. Sasaran pengambilan adalah pelajar-pelajar dari golongan berpendapatan 40% terendah (B-40) atau pendapatan keluarga dibawah RM3,000 sebulan (miskin bandar). Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak mempunyai tuisyen persendirian lain di luar.

Pelajar yang terlibat berpeluang mengikuti program-program pendidikan di samping dapat akses PERCUMA sistem ulangkaji atas talian TUTOR.COM serta kemudahan-kemudahan pembelajaran yang lain. Terminal Sejahtera Bukit Piatu mempunyai makmal komputer yang membolehkan para pelajar mendapat tuisyen secara atas talian (online-tuition) dengan akses internet yang baik. Di samping itu, pusat tuisyen ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti Bilik Tutorial untuk kelas dan ruangan menunggu untuk kemudahan pelajar dan ibubapa.

Pusat Tuisyen Terminal Sejahtera Bukit Piatu (TSBP) memulakan operasi pada 20 Februari 2013, di alamat No 57 Jalan BPM 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, Bukit Piatu 75150 Melaka 

Tuesday 2 April 2013

Kemudahan yang disediakan

Kemudahan - kemudahan yang disediakan di Terminal Sejahtera MBMB Bukit Piatu adalah seperti berikut:

    1.   MAKMAL KOMPUTER
  •    Dilengkapi dengan 40 unit komputer (40 orang pengguna)
  •    Akses Internet dengan capaian yang baik
  •    Ruang pembelajaran yang selesa
  •    Untuk kegunaan pembelajaran pelajar Terminal Sejahtera

Makmal Komputer


2.   BILIK TUTORIAL
 
    1.  Boleh memuatkan 40-50 orang dalam satu masa
    2. Dilengkapi LCD Projektor dan skrin layar putih
    3. Sistem Audio Speaker
    4. Kerusi (bermeja) untuk kemudahan pengguna
     
      Permohonan daripada penduduk setempat akan dipertimbangkan tertakluk
      kepada aktiviti tersebut :
  • Aktiviti melibatkan penduduk
  • Aktiviti JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
  • Aktiviti atau Program yang berkaitan kemiskinan Bandar



Bilik Tutorial / Kuliah 



3.   BILIK MESYUARAT

    1. Kegunaan mesyuarat pihak majlis, sekolah dan pengurusan terminal.
    2. Permohonan daripada penduduk setempat akan dipertimbangkan tertakluk kepada aktiviti tersebut :-

·  Mesyuarat JawatanKuasa Penduduk
·  Mesyuarat JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
·  Mesyuarat berkaitan kemiskinan Bandar



Bilik Mesyuarat



Surau

Thursday 28 March 2013

Lokasi


Terminal Sejahtera MBMB Bukit Piatu terletak di kawasan Bukit Piatu Mutiara, berhampiran Lebuh AMJ.
Berdekatan dengan Astana Moda , Sapura dan Restoren Sate R&K.





View Terminal Sejahtera MBMB in a larger map

Syarat Penyertaan

Syarat - syarat penyertaan tutor online


  1. Warganegara Malaysia dan menetap di dalam kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
  2. Keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM 3000 sebulan
  3. Alamat sekolah di dalam kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
  4. Keutamaan kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM, PMR dan UPSR pada tahun 2014.
  5. Permohonan perlu mendapat pengesahan sekolah dan ibu bapa/ penjaga sebelum mengembalikan borang.

Senarai Sekolah-Sekolah yang LAYAK MEMOHON





Wednesday 27 March 2013

Selamat Datang ke Blog Terminal Sejahtera MBMB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terminal Sejahtera MBMB Bukit Piatu merupakan pusat tuisyen online  yang menyediakan kemudahan makmal komputer, bilik kuliah / seminar dan bilik mesyuarat bagi tujuan pendidikan dan perbincangan rasmi.
Mula beroperasi pada 4 Mac 2013, Terminal Sejahtera telah menerima seramai 190 orang pelajar dari pelbagai sekolah yang menyertai program pembelajaran secara online menggunakan perisian tutor online. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang bakal mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2013.

Sekolah - sekolah yang terlibat dalam program ini ialah:


  • Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun
  • Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun
  • Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Melaka
  • Sekolah Menengah Yok Bin
  • Sekolah Menengah Tun Tijah
  • Sekolah Menegah Sri Kota
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Baru
  • Sekolah Kebangsaan Semabok
  • Sekolah Menengah Kebangsaan St. David
  • Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu
  • Sekolah Kebangsaan Sri Bandar
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Cina
  • Sekolah Menengah (J) Kebangsaan Keh Seng

Permohonan untuk menyertai program pembelajaran secara online masih dibuka. Sila hubungi pihak Terminal Sejahtera untuk keterangan lanjut.