Thursday 28 March 2013

Lokasi


Terminal Sejahtera MBMB Bukit Piatu terletak di kawasan Bukit Piatu Mutiara, berhampiran Lebuh AMJ.
Berdekatan dengan Astana Moda , Sapura dan Restoren Sate R&K.





View Terminal Sejahtera MBMB in a larger map

Syarat Penyertaan

Syarat - syarat penyertaan tutor online


  1. Warganegara Malaysia dan menetap di dalam kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
  2. Keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM 3000 sebulan
  3. Alamat sekolah di dalam kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
  4. Keutamaan kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM, PMR dan UPSR pada tahun 2014.
  5. Permohonan perlu mendapat pengesahan sekolah dan ibu bapa/ penjaga sebelum mengembalikan borang.

Senarai Sekolah-Sekolah yang LAYAK MEMOHON





Wednesday 27 March 2013

Selamat Datang ke Blog Terminal Sejahtera MBMB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terminal Sejahtera MBMB Bukit Piatu merupakan pusat tuisyen online  yang menyediakan kemudahan makmal komputer, bilik kuliah / seminar dan bilik mesyuarat bagi tujuan pendidikan dan perbincangan rasmi.
Mula beroperasi pada 4 Mac 2013, Terminal Sejahtera telah menerima seramai 190 orang pelajar dari pelbagai sekolah yang menyertai program pembelajaran secara online menggunakan perisian tutor online. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang bakal mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2013.

Sekolah - sekolah yang terlibat dalam program ini ialah:


  • Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun
  • Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun
  • Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Melaka
  • Sekolah Menengah Yok Bin
  • Sekolah Menengah Tun Tijah
  • Sekolah Menegah Sri Kota
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Baru
  • Sekolah Kebangsaan Semabok
  • Sekolah Menengah Kebangsaan St. David
  • Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu
  • Sekolah Kebangsaan Sri Bandar
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Cina
  • Sekolah Menengah (J) Kebangsaan Keh Seng

Permohonan untuk menyertai program pembelajaran secara online masih dibuka. Sila hubungi pihak Terminal Sejahtera untuk keterangan lanjut.