Wednesday, 27 March 2013

Selamat Datang ke Blog Terminal Sejahtera MBMB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terminal Sejahtera MBMB Bukit Piatu merupakan pusat tuisyen online  yang menyediakan kemudahan makmal komputer, bilik kuliah / seminar dan bilik mesyuarat bagi tujuan pendidikan dan perbincangan rasmi.
Mula beroperasi pada 4 Mac 2013, Terminal Sejahtera telah menerima seramai 190 orang pelajar dari pelbagai sekolah yang menyertai program pembelajaran secara online menggunakan perisian tutor online. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang bakal mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2013.

Sekolah - sekolah yang terlibat dalam program ini ialah:


  • Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun
  • Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun
  • Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Melaka
  • Sekolah Menengah Yok Bin
  • Sekolah Menengah Tun Tijah
  • Sekolah Menegah Sri Kota
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Baru
  • Sekolah Kebangsaan Semabok
  • Sekolah Menengah Kebangsaan St. David
  • Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu
  • Sekolah Kebangsaan Sri Bandar
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Cina
  • Sekolah Menengah (J) Kebangsaan Keh Seng

Permohonan untuk menyertai program pembelajaran secara online masih dibuka. Sila hubungi pihak Terminal Sejahtera untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment