Monday 20 January 2014

Apa itu Program Tutor Online di Terminal Sejahtera Bukit Piatu MBMB?


Assalamualaikum & Salam sejahtera

Mesti semua pernah beli surat khabar Utusan Malaysia kan? Ada sisipan Tutor kan? Jika dalam Berita Harian ada sisipan SKOR A / Didik 
ok..mari sini nk bagitahu..
Program TutorOnline di Terminal Sejahtera Bukit Piatu merupakan program tuisyen dimana soalan-soalan latihan /ujian seperti dalam akhbar sisipan tersebut dapat diakses secara atas talian melalui laman web http://www.tutoronline.com.my



 Terminal Sejahtera Bukit Piatu  menyediakan kemudahan makmal komputer bagi adik-adik yang berminat menyertai PROGRAM TUTOR ONLINE
Program tersebut membolehkan adik-adik datang belajar / tuisyen di tempat kami selepas waktu sekolah atau pada waktu cuti sekolah (SABTU - AHAD) rujuk waktu operasi/pembelajaran.


Adik-adik akan dibantu dengan 2 orang fasilitator sepanjang proses pembelajaran. Perbelajaran adalah berbentuk kendiri dimana adik-adik dilatih mencari ilmu bukan secara paksa tetapi atas inisiatif sendiri.
Pemantauan prestasi pelajar akan dipantau oleh Fasilitator.
yang menariknya, semua kemudahan ini adalah PERCUMA bagi semua yang LAYAK! 

siapa yang layak? - adik - adik yang bersekolah di sekolah rendah / menengah  di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (boleh rujuk senarai sekolah disini
Sila rujuk syarat penyertaan dan  dapatkan ID PERCUMA tutoronline di
Terminal Sejahtera Bukit Piatu , dimana tu? tempat kami berdekatan dengan JAKEL / kedai Perabot Jati Mutiara.. bersebelahan dengan SAPURA & Restoran Sate R&K


Jangan lepaskan peluang ini!
"bukan senang nak senang, bukan susah nak susah"






No comments:

Post a Comment